WANITA BERTUDUNG TIDAK BERKEMBANG FIKIRAN" ! ZIZAN RAZAK . Kenyataan Melampau dari Juara Super Spontan 2015




Kami tidak pasti Zizan Razak mahu bergurau atau membuat lucu ala-ala menyertai pertandingan lawak, namun apa yang diperkatakan olehnya di dalam rancangan MeleTOP baru-baru ini menimbulkan kemarahan segelintir penonton.


Zizan dikatakan telah mengeluarkan kenyataan berbunyi wanita bertudung tak boleh berfikiran terbuka dan perkara tersebut seterusnya mendapat kritikan di laman sosial dan juga forum. Ada yang menyifatkan Zizan tidak sepatutnya bergurau dengan melampau sedemikian kerana mampu menjejaskan kembali imejnya.



Bagaimanapun, bagi pencinta sejati selebriti ini, mereka beranggapan perkara tersebut sebagai sesuatu yang tidak disengajakan selain menyokong apa yang diperkatakan oleh Zizan malah seakan mengetahui bahawa Zizan akan kembali memohon maaf kepada Neelofa selaku pengacara selepas tamat rancangan tersebut.



Bagi pihak Zizan, adakah perkara ini disengajakan atau mungkin apa yang dimaksudkan Zizan adalah sesuatu yang berbeza daripada apa yang keluar dari mulut? Apa pun, jangan fikir negatif pesan penyokong selebriti ini.


Share on Google Plus

About MediaViral

    Blogger Comment
    Facebook Comment

1 comments:

Unknown said...

aq tk salahkan zizan sbb mugkin dia tersasul or nervous..

Post a Comment